Thursday 10 November 2016

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN DI NEGERI SABAH


Borneo Attractions Holiday Sdn Bhd

Asia City Complex

Agensi Pelancongan

Call  016-828 8899

Directions  Asia City Complex

Waktu  Today · 9:00 PG - 5:00 PTG

Web  borneoattractions.com

Edit  Perniagaan

PETA NEGERI SABAH



Sejarah Negeri Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini. Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-15 ketika era Kesultanan Brunei.[1] Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19.[2] Bahagian timur Negeri Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber mengatakan ianya tidak pernah diserahkan.[3] Sehingga akhir abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah menjadi naungan United Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963, Sabah bergabung dengan Malaya, Singapura (meninggalkan Persekutuan pada 1965) untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

TEMPAT PENGINAPAN DI NEGERI SABAH




Kinabalu Mountain Lodge
Hotel 2 Bintang
1km sebelum Kinabalu Park HQ ke simpang kiri dari KK, dan 1km lagi dari simpang., Kundasang, Taman Negara Kinabalu
Jumlah bilik 13
RM 26






Mt Kinabalu Holiday Camp Hotel
Hotel 1 Bintang
Mamut, KM 12, Batu 2, Ranau, Taman Negara Kinabalu
Jumlah bilik 5
RM 86



Slagon Homestay
Hotel 1 Bintang
Kampung Silou, Ranau, Ranau, Taman Negara Kinabalu
Jumlah bilik 15
RM 94


AKTIVITI AKTIVITI MENARIK DI NEGERI SABAH



Memang best kalau menyelam untuk aktiviti snorkeling di Pulau Sapi. Oh ya, jangan lupa beli roti siap-siap dari jeti untuk beri makan kepada ikan-ikan di sini. Memang jinak dan cantik ikan dia di sini. Keadaan di Pulau Sapi ini memang agak ramai dengan orang time-time cuti sekolah dan weekend.




Bagi yang nak mencuba dan belajar cara cara kehidupan etnik-etnik dan kaum di Sabah, boleh singgah di Mari Mari Cultural Vilage. 




Dan kalau nak aktiviti yang lagi mencabar, saya cadangkan untuk mencuba parasailing. Memang best tahap maksimum parasailing kat sini sebab bermula di tengah-tengah lautan dan siap kena celup lagi dalam air bila bot berhenti. Tak seperti di tempat lain seperti di Port Dickson, yang mana parasailing dia bermula dari tepi pantai.




Membeli mutiara dan ikan Masin di Pasar Filipina/ Pasar Kraftangan

Barangan kraftangan di sini memang murah dan banyak pilihan. Kalau membeli produk hasil laut memang Pasar Filipina tempat yang menarik di Kota Kinabalu untuk kita datang.

Sesuai kalau nak membeli cenderahati untuk keluarga di rumah. Kalau untuk kanak-kanak perempuan, gelang-gelang mutiara yang cantik-cantik dan murah memang sesuai untuk mereka. Banyak pilihan.








MAKANAN MENARIK DI SABAH

 1. Ikan Bakar Pasar Filipina

Untuk penggemar ikan bakar dan geram dengan harga yang mahal di KL :-), anda boleh cuba menikmati Ikan Bakar di belakang Pasar Filipina. Kalau anda berkunjung ke mari anda akan dapati terdapat pelbagai menu makanan laut yang dipanggang panas tersedia untuk dipilih. Anda hanya perlu tunjukkan sahaja apa yang anda hajati.

Anda tak perlu risau akan harga, disini harganya cukup berpatutan. Anda makanlah apa yang terbuku di hati, ikan, udang, ketam,sotong semua ada untuk dirasai. Memang ramai pelancong dan penduduk setempat yang bertandang ke mari anda jangan segan segan nak menjamu selera pula. Belasah sahaja kerana peluang sebigini sukar diperolehi.



2. Jeli Kelapa, Pasar Filipina

Kalau minuman kami syorkan minum air kelapa muda, baru kena makan makanan laut bakar. Singgah sebentar dulu di Pasar Filipina untuk mendapatkan jeli kelapa yang sangat popular. Khabarnya keenakannya jauh berbeza daripada yang terdapat di semenanjung.





3.Chicken Wing, Medan Selera Tanjung Aru

Jangan ketinggalan merasai ‘chicken wing’ disini ya? Ia antara menu popular yang ditawarkan. Rasanya sangat menggiurkan. Jangan terkejut jika anda termimpi mimpi dibuatnya.

Sabah sangat popular dengan ‘chicken wing’ kalau anda ke Sabah memang rata rata ada menjual ‘chicken wing’ namun saya nak tunjukkan anda yang terbaik. Anda kalau hendak ‘chicken wing’ yang paling mahsyur di Sabah anda harus pergi ke Meda Selera Tanjung Aru. Untuk makluman anda ‘chicken wing’ disini sangat murah dan anda tak perlu ragu dengan kesedapannya lagi. Penduduk setempat dan sekitar Sabah semua sedia maklum akan kehebatan ‘chicken wing’ di Tanjung Aru


4.Santola Bar Cafe 

Santola Bar Cafe terbina hasil dari kedai Cap Kuda Coffee Company (CKCC) and Cap Kuda Coffee School. Santola Cafe bukan sekadar menyediakan kopi hitam semata-mata, tapi dia ada juga menyediakan Chocolate Tea, Chocolate, Mocha Cappuccino, Au Lait or Black & White Hot Chocolate.

Apa yang paling menarik dan patut cuba kerana Santola cafe ini menyediakan / kilang sendiri untuk  coffee, tea dan serbuk koko















































TEMPAT TEMPAT MENARIK DI NEGERI SABAH

 Senarai tempat menarik di Sabah



Negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Dalam sektor pelancongan, Sabah terkenal dengan alam semulajadi yang cantik dan juga kebudayaan pelbagai etnik yang tinggal di negeri ini. Dalam artikel ini, anda akan diperkenalkan dengan tempat menarik di Sabah mengikut daerah, lokasi percutian dan tarikan pelancongan seperti kebudayaan penduduk tempatan, kesan peninggalan sejarah serta aktiviti menarik yang terdapat dalam daerah tersebut.



Pengenalan Sabah

Sabah, Negeri di Bawah Bayu, adalah negeri yang terkenal dengan kecantikan alam semulajadi. Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Malaysia terletak di negeri Sabah. Ia menjadi tarikan para pendaki gunung dari seluruh Malaysia dan juga luar negara. Hutan Taman negara Kinabalu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana mempunyai berbagai spesis tumbuhan dan keadaan geologi, topografi serta iklim yang unik. Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Lembangan Maliau, Lembah Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok sangat kaya dengan flora dan fauna Hutan Hujan Tropika yang masih belum diterokai kini dipelihara dan dijadikan Hutan Simpan.



Tempat menarik di Kota Kinabalu

Memang banyak sekali tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke bandaraya ini. Ada lokasi pelancongan pendidikan, tempat bersejarah, taman rekreasi dan bermacam-macam lagi. Senarai dibawah ialah antara destinasi utama yang menjadi tarikan pelancong di Kota Kinabalu.

1.GUNUNG KINABALU




Bagi mereka yang ke KK, pastikan anda ke Gunung Kinabalu yang terletak 50km dari pusat Bandar.

Secara idealnya, anda perlukan 2Hari 1Malam untuk mendaki Gunung Kinabalu dengan mengambil pakej yang disediakan. Pastikan segala kelengkapan mencukupi sebelum ke sini.

Jika anda ke sini bersama keluarga, pastikan si kecil berumur 10 tahun ke atas dan bagi orang tua pula; mereka hendaklah berada di dalam keadaan yang sihat dan mempunyai stamina untuk menghabiskan dakian.

Tetapi ketika anda berada di puncak, saya percaya segala penat lelah akan hilang dengan pemandangan yang cantik dan udara yang segar.



2.PULAU MANUKAN


Wah, indahnya pulau berbentuk sabit ini! Airnya sangat bersih dan jernih.

Menariknya, anda perlu menaiki bot selama 30 minit untuk ke sini.

Bayangkan mandi di tepian pantai yang biru dan tidak tercemar bersama ikan-ikan yang manja dan tak takutkan manusia.

Jika anda membawa anak kecil, pasti mereka teruja sepanjang berada di sini.


3.LOK KAWI WILDLIFE PARK








Kita sering dihidangkan dengan gambar-gambar monyet, orang utan dan burung-burung di kaca televisyen; apa kata anda ke sini untuk melihat hidupan liar dengan lebih dekat.

Juga ada taman botani di mana anda boleh jungle trekking di laluan yang disediakan.

Hanya RM10 dikenakan sebagai pemegang MyKad (RM20 untuk bukan warganegara) untuk masuk ke sini.

4.RESTORAN MAKANAN LAUT GAYANG





Dah penat jalan, tidak sah rasanya jika anda tidak menikmati kepelbagaian dan kesegaran makanan laut yang ada di KK ini.

Antara menu yang mesti dicuba ialah udang butter, ikan sweet & sour, siput gonggong, ayam lemon, nyonya tilapia dan bermacam-macam lagi.

Harga pun tak mahal sangat, perlu standby dalam RM40 untuk seorang makan jika di sini.

Sangat berbaloi dengan kesegaran dan keenakan makanan laut yang terhidang di sini.

5.PASAR MALAM KAMPUNG AIR


Bagi mereka yang nak cari cenderahati untuk dibawa balik ke Semenanjung, terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan pelbagai pilihan.

Rambang mata dibuatnya jika anda ke sini.Selain daripada hadiah biasa seperti t-shirt, key chain atau fridge magnet, di KK anda boleh shopping untuk mutiara dalam bentuk brooch, rantai leher dan yang seangkatan dengannya.

Harga pun murah kat sini.

Selain itu, ada juga pasar-pasar malam lain untuk anda mencari barangan unik sebagai ole-ole.

Antaranya:

Pasar Malam Sinsuran
Pasar Ikan Masin
Pasar Besar


6.PASAR FILIPINA



Lagi satu tempat untuk shopping yang menarik adalah di Pasar Filipina. Juga dikenali dengan nama Pasar Kraftangan, ramai orang Filipina yang bertapak dan berniaga di sini.

Anda boleh dapatkan manik-manik, keropok-keropok, kopi tenom, amplang dan banyak lagi di sini.

Di sebelah Pasar Filipina ini pula ada Pasar Kering di mana anda boleh membeli ikan bilis, ikan kering, udang kering dan bermacam-macam lagi yang boleh dibungkus rapi dan dibawa naik kapal terbang.