Thursday, 10 November 2016

PETA NEGERI SABAH



Sejarah Negeri Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini. Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-15 ketika era Kesultanan Brunei.[1] Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19.[2] Bahagian timur Negeri Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber mengatakan ianya tidak pernah diserahkan.[3] Sehingga akhir abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah menjadi naungan United Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963, Sabah bergabung dengan Malaya, Singapura (meninggalkan Persekutuan pada 1965) untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

No comments:

Post a Comment