Thursday, 10 November 2016

TEMPAT TEMPAT MENARIK DI NEGERI SABAH

 Senarai tempat menarik di Sabah



Negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Dalam sektor pelancongan, Sabah terkenal dengan alam semulajadi yang cantik dan juga kebudayaan pelbagai etnik yang tinggal di negeri ini. Dalam artikel ini, anda akan diperkenalkan dengan tempat menarik di Sabah mengikut daerah, lokasi percutian dan tarikan pelancongan seperti kebudayaan penduduk tempatan, kesan peninggalan sejarah serta aktiviti menarik yang terdapat dalam daerah tersebut.



Pengenalan Sabah

Sabah, Negeri di Bawah Bayu, adalah negeri yang terkenal dengan kecantikan alam semulajadi. Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Malaysia terletak di negeri Sabah. Ia menjadi tarikan para pendaki gunung dari seluruh Malaysia dan juga luar negara. Hutan Taman negara Kinabalu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana mempunyai berbagai spesis tumbuhan dan keadaan geologi, topografi serta iklim yang unik. Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Lembangan Maliau, Lembah Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok sangat kaya dengan flora dan fauna Hutan Hujan Tropika yang masih belum diterokai kini dipelihara dan dijadikan Hutan Simpan.



Tempat menarik di Kota Kinabalu

Memang banyak sekali tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke bandaraya ini. Ada lokasi pelancongan pendidikan, tempat bersejarah, taman rekreasi dan bermacam-macam lagi. Senarai dibawah ialah antara destinasi utama yang menjadi tarikan pelancong di Kota Kinabalu.

1.GUNUNG KINABALU




Bagi mereka yang ke KK, pastikan anda ke Gunung Kinabalu yang terletak 50km dari pusat Bandar.

Secara idealnya, anda perlukan 2Hari 1Malam untuk mendaki Gunung Kinabalu dengan mengambil pakej yang disediakan. Pastikan segala kelengkapan mencukupi sebelum ke sini.

Jika anda ke sini bersama keluarga, pastikan si kecil berumur 10 tahun ke atas dan bagi orang tua pula; mereka hendaklah berada di dalam keadaan yang sihat dan mempunyai stamina untuk menghabiskan dakian.

Tetapi ketika anda berada di puncak, saya percaya segala penat lelah akan hilang dengan pemandangan yang cantik dan udara yang segar.



2.PULAU MANUKAN


Wah, indahnya pulau berbentuk sabit ini! Airnya sangat bersih dan jernih.

Menariknya, anda perlu menaiki bot selama 30 minit untuk ke sini.

Bayangkan mandi di tepian pantai yang biru dan tidak tercemar bersama ikan-ikan yang manja dan tak takutkan manusia.

Jika anda membawa anak kecil, pasti mereka teruja sepanjang berada di sini.


3.LOK KAWI WILDLIFE PARK








Kita sering dihidangkan dengan gambar-gambar monyet, orang utan dan burung-burung di kaca televisyen; apa kata anda ke sini untuk melihat hidupan liar dengan lebih dekat.

Juga ada taman botani di mana anda boleh jungle trekking di laluan yang disediakan.

Hanya RM10 dikenakan sebagai pemegang MyKad (RM20 untuk bukan warganegara) untuk masuk ke sini.

4.RESTORAN MAKANAN LAUT GAYANG





Dah penat jalan, tidak sah rasanya jika anda tidak menikmati kepelbagaian dan kesegaran makanan laut yang ada di KK ini.

Antara menu yang mesti dicuba ialah udang butter, ikan sweet & sour, siput gonggong, ayam lemon, nyonya tilapia dan bermacam-macam lagi.

Harga pun tak mahal sangat, perlu standby dalam RM40 untuk seorang makan jika di sini.

Sangat berbaloi dengan kesegaran dan keenakan makanan laut yang terhidang di sini.

5.PASAR MALAM KAMPUNG AIR


Bagi mereka yang nak cari cenderahati untuk dibawa balik ke Semenanjung, terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan pelbagai pilihan.

Rambang mata dibuatnya jika anda ke sini.Selain daripada hadiah biasa seperti t-shirt, key chain atau fridge magnet, di KK anda boleh shopping untuk mutiara dalam bentuk brooch, rantai leher dan yang seangkatan dengannya.

Harga pun murah kat sini.

Selain itu, ada juga pasar-pasar malam lain untuk anda mencari barangan unik sebagai ole-ole.

Antaranya:

Pasar Malam Sinsuran
Pasar Ikan Masin
Pasar Besar


6.PASAR FILIPINA



Lagi satu tempat untuk shopping yang menarik adalah di Pasar Filipina. Juga dikenali dengan nama Pasar Kraftangan, ramai orang Filipina yang bertapak dan berniaga di sini.

Anda boleh dapatkan manik-manik, keropok-keropok, kopi tenom, amplang dan banyak lagi di sini.

Di sebelah Pasar Filipina ini pula ada Pasar Kering di mana anda boleh membeli ikan bilis, ikan kering, udang kering dan bermacam-macam lagi yang boleh dibungkus rapi dan dibawa naik kapal terbang.





























No comments:

Post a Comment