Thursday, 10 November 2016

MAKANAN MENARIK DI SABAH

 1. Ikan Bakar Pasar Filipina

Untuk penggemar ikan bakar dan geram dengan harga yang mahal di KL :-), anda boleh cuba menikmati Ikan Bakar di belakang Pasar Filipina. Kalau anda berkunjung ke mari anda akan dapati terdapat pelbagai menu makanan laut yang dipanggang panas tersedia untuk dipilih. Anda hanya perlu tunjukkan sahaja apa yang anda hajati.

Anda tak perlu risau akan harga, disini harganya cukup berpatutan. Anda makanlah apa yang terbuku di hati, ikan, udang, ketam,sotong semua ada untuk dirasai. Memang ramai pelancong dan penduduk setempat yang bertandang ke mari anda jangan segan segan nak menjamu selera pula. Belasah sahaja kerana peluang sebigini sukar diperolehi.



2. Jeli Kelapa, Pasar Filipina

Kalau minuman kami syorkan minum air kelapa muda, baru kena makan makanan laut bakar. Singgah sebentar dulu di Pasar Filipina untuk mendapatkan jeli kelapa yang sangat popular. Khabarnya keenakannya jauh berbeza daripada yang terdapat di semenanjung.





3.Chicken Wing, Medan Selera Tanjung Aru

Jangan ketinggalan merasai ‘chicken wing’ disini ya? Ia antara menu popular yang ditawarkan. Rasanya sangat menggiurkan. Jangan terkejut jika anda termimpi mimpi dibuatnya.

Sabah sangat popular dengan ‘chicken wing’ kalau anda ke Sabah memang rata rata ada menjual ‘chicken wing’ namun saya nak tunjukkan anda yang terbaik. Anda kalau hendak ‘chicken wing’ yang paling mahsyur di Sabah anda harus pergi ke Meda Selera Tanjung Aru. Untuk makluman anda ‘chicken wing’ disini sangat murah dan anda tak perlu ragu dengan kesedapannya lagi. Penduduk setempat dan sekitar Sabah semua sedia maklum akan kehebatan ‘chicken wing’ di Tanjung Aru


4.Santola Bar Cafe 

Santola Bar Cafe terbina hasil dari kedai Cap Kuda Coffee Company (CKCC) and Cap Kuda Coffee School. Santola Cafe bukan sekadar menyediakan kopi hitam semata-mata, tapi dia ada juga menyediakan Chocolate Tea, Chocolate, Mocha Cappuccino, Au Lait or Black & White Hot Chocolate.

Apa yang paling menarik dan patut cuba kerana Santola cafe ini menyediakan / kilang sendiri untuk  coffee, tea dan serbuk koko















































No comments:

Post a Comment